Harian Metro, Bisnes, Page 30 – 7 December 2007
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) bersedia menjadikan industri lembu dan daging lembu Malaysia sebagai pengeluar daging lembu halal bertaraf dunia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izran Salleh, berkata syarikatnya berhasrat menerajui, menstruktur dan menjadikan industri itu 40 peratus mampu diri menjelang 2010.
“Syarikat sedang mengambil beberapa langkah supaya ia dapat ‘berdiri sendiri’ dalam tempoh dua tahun lagi.”
“Syarikat juga mensasarkan untuk mengeluarkan 60,000 ekor lembu setahun di ladang berkeluasan 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman bernilai RM250 juta di Sepang, semalam.
Katanya, syarikat akan melaksanakan model penternakan secara kontrak dengan potensi menghasilkan 375,000 lembu setahun. – Bernama.